Thursday, December 30, 2010

Ibu Rela Bunuh Anak Kerana Farmville

Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.
Florida Times-Union melaporkan, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook. Ia mengganggu tumpuannya bermain Farmville.
Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati kerana kes membunuh.
Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.
Laporan akhbar ini sememangnya mengejutkan kita. Sunggupkah seorang ibu melakukan seperti itu kepada anak kecilnya hanya kerana Farmville?
Adakah ternakan dalam permainan itu lebih penting dari nyawa seorang anak yang dia sendiri lahirkan?
Hakikatnya ia telah berlaku dan sama-sama lah kita ambil pengajaran. Sebagai seorang ibu dan bakal ibu, amat penting bagi kita untuk mempunyai ilmu keibu-bapaan atau parenting dalam usaha kita megharungi cabaran dalam berkeluarga.

Satu Cinta

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri Ku percaya Engkau bisa meneguhkan Pendirianku... Keimananku...
Ku memohon dalam sujudku padaMu Ampunkanlah segala dosa dalam diri Ku percaya Engkau bisa meneguhkan Pendirianku... Keimananku...
Engkau satu cinta Yang selamanya aku cari Tiada waktu ku tinggalkan Demi cintaku kepada-Mu Walau seribu rintangan Kan menghadang dalam diri Ku teguhkan hati ini Hanya padaMu Ku pasrahkan...

Monday, December 27, 2010

Geram ke Sronok

Aina skang tengah geram sebab.....jeles tengok dak timah punye blog makin maju.....but....x tau la nk ckap ape....anyway,check it out!!!!wawawawa............ssape nk ajar nk tukar background.....edit ni,edit tu.....tolonglah...upah aku wat kan blog.....apemcam.....wawawawa.........

Sunday, December 26, 2010

Kenapa Lelaki, Bukan Ilahi?

Aku hairan
Kenapa Ilahi pada bibirnya
Lelaki pada hatinya
Aku hairan
Cinta setianya tetap dihati
Walau lelaki berjalan pergi
Aku hairan
Cinta Ilahi sudah pasti
Sekejap di hati sekejap di kaki
Aku hairan
Ayat lelaki hadam terhafal
Ayat Ilahi tidak kau kenal
Aku hairan
Yang benar sudah kau tahu
Yang salah masih kau buru

Konsep "Buang Rezeki" Dalam Penjagaan Berat Badan?

"Jangan buang rezeki!"
"Tak baik membazir!"
"Tak baik buang rezeki"
Ah itu selalu kata-kata yang membuat kita rasa bersalah untuk mengelak daripada makan atau minum terlebih. Contoh, anda berada di mamak dan meminta nasi separuh. Tapi bila dapat pinggan nasi, ia masih terlebih. Atau anda pesan teh tarik tapi yang saiz hidangannya agak besar. Jadi macamana? Apa hukumnya? Patutkah anda "membazir" atau boleh tinggalkan "rezeki" demi kesihatan?

Allah SWT Maha Memahami.

Kita semua tahu bahawa salah satu sifat Allah SWT adalah maha memahami. Jadi dalam situasi ini niat anda sangat penting. Semasa kita buat pesanan nasi putih mahupun teh tarik, kita boleh berusaha (niat dan amalan) untuk memesan kuantiti ataupun saiz hidangan yang sesuai tetapi akhirnya jumlah saiz hidangan bukan di tangan kita ... melainkanlah anda ke dapur restoran mamak dan ambik lauk sendiri.
Lagi2 kalau pesan air, sudah pasti akan dapat gelas penuh, dan nak kongsi dengan orang lain memang susah. I mean, siapa nak share dengan kita :)
So di sini, kalau niat anda adalah untuk menjaga kesihatan dan keadaan tidak membolehkan anda menjimat (elak dari membazir), Insyallah Allah SWT memahami keadaan anda.
Tapi kalau niat anda memang nak membazir, sudah pasti anda yang bersalah.
Yang penting adalah niat anda.
- Artikel iluvislam.com

Saturday, December 25, 2010

Insha Allah Versi Melayu

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam
Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku. - www.iluvislam.com
Maher Zain, Thank You Allah